Sunday, March 2, 2008

istimewanya wanita Islam

Kaum feminis bilang susah jadi wanita
ISLAM, lihat saja peraturan dibawah
ini :

Wanita auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki.
Wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila mau keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
Wanita saksinya kurang berbanding
lelaki.
Wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki.
Wanita perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.
Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi
suami tak perlu taat pd isterinya.
talak terletak di tgn suami dan bukan
isteri.
Wanita kurang dlm beribadat karena
masalah haid dan nifas yg tak ada pada
lelaki.
makanya mereka nggak capek-capeknya
berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA
ISLAM"

Pernahkah kita lihat sebaliknya
(kenyataannya)??

Benda yg mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan ditempat yg
teraman dan terbaik. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar terserak
bukan?

Itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapaknya. Bukankah
ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki tetapi harta itu menjadi milik
pribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya utk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala makhluk,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika karena
melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: Suaminya,
ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dgn 4 syarat
saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan
menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala
org pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ... demikian sayangnya
ALLAH pada wanita .... kan?

No comments: