Sunday, March 2, 2008

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari
arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan
perkara syirik kepada Allah. Kawan-
kawan syirik ini jangan buat main-
main, dosa yang paling besar dalam
Islam. Kekal dalam neraka selama-
lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak
melakukan solat lima waktu, tidak
menjaga solat lima waktu. Lalai dalam
solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar. Perbuatan keji dan
mungkar ini banyak, bukan hanya
berduaan ditempat gelap, minum arak,
berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga
perbuatan keji.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang
hitam legam. Itulah mayat yang semasa
hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan
meletup. Itulah mayat yang semasa
hidupnya suka makan harta yang haram.
Harta yang haram banyak contohnya.
Antaranya mencuri... harta yang haram.
Merompak... harta haram. Melesapkan
duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan
meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka
berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari
kuburnya dan air itu baunya lebih
busuk dari bangkai. Itulah mayat orang
yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya
berilmu dan beramal soleh.

No comments: